Friday, May 15, 2009

Profil




Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah ( dibawah kelolaan Akademi IQ An Najihah ) adalah sebuah institusi pendidikan swasta peringkat menengah rendah yang berorientasikan Pengajian Hafazan Al Quran dan Bahasa Arab serta akademik yang digabungkan secara integrasi. Kelas pengajian yang disediakan setakat ini adalah bermula dari Tingkatan 1 .
Ia ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al Quran melalui pembacaan dan hafazan Al Quran secara sistematik melalui ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat dan Taranum di samping menimba ilmu akademik seperti Matematik, Sains, Geografi, Sejarah dan lain-lain.
Ia menekankan perkembangan fitrah semulajadi dan potensi para pelajar secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang.
Melalui kaedah ini, insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya kearah cinta dan takutkan Allah, serta kenal dan kasih kepada Rasul Nya. Menjadi cita-cita maahad ini untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dengan nilai-nilai Islam yang dapat dihayati serta diperjuangkan selari dengan ciri-ciri seorang Mukmin yang bertaqwa serta mendapat keredhaan Allah swt.
Dengan berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam setiap aktiviti yang dijalankan, adalah diharapkan maahad ini mampu menjadi wadah untuk meperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Moga-moga segala usaha ini mendapat keberkatan dari Allah swt.
“Barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah ia memiliki ilmu, barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya sekali maka hendaklah ia memiliki ilmu”(al hadis)

1 comment: